pembuka kata cuba dihulur. marilah

pembuka kata cuba dihulur. marilah
sunyi sepi. mari, aku cuba riuhkan. sedikit. ya?

Saturday, 6 July 2013

untitled


gambar itu, senyuman itu. 
pandangan biasa untuk orang yang dah terbiasa.
tapi punya rasa yang aku saja tahu.
segala kesedihan, segala keseronokan, segala perit bahagia.
aku simpulkan jadi satu.
sebuah senyuman yang hanya orang yang rapat dan dekat dengan aku.
bulat mata yakin tahu apa aku rasa.

aku dah malas nak berbahasa.
nak bermadah terangkan masalah.
kau tahu kenapa?
sebab itu kepuasan sementara. 
sapa kisah dengan luahan kau.

pergi angkat muka tadah tangan.
tuuu, yang dekat atas sana jugak yang kuasa.
Dia tahu Dia percaya Dia sayang kita.

aku tak alim tapi aku tak jahil.
aku lemah tapi aku tak menyerah.
aku nampak tak kesah tapi aku berkerah.

kau tak suka tak apa.
kau rimas pon tak apa.
aku hidup bukan untuk kau.
kau pon tak hidup untuk 'suka' aku.

pada yang sudi.
aku silap kau tegurlah.
aku jatuh, kau papahlah.
aku terkehel, kau urutlah.
aku tersasar, kau ajarlah.

aku sayang apa aku ada.
aku jaga apa aku ada.
aku taknak hilang kasih sayang kita.

untuk sahabat empat serangkai.
kita lebih tahu kita lebih faham.
kau jaga aku, aku jaga kau.
kita kejar pelangi atas sana sama sama. 
kita pijak tanah kotor sama sama.

Lots Love <3

Saturday, 20 April 2013

hati hati ! :p

bila kita cakap , 'ahhh benci meluat la dengan dia tuh. bagi free pon taknak'.

mesti parents atau orang lama akan tegur dan cakap macamnih, 'jangan cakap macamtu, nanti orang yang kita tak suka, orang yang kita benci sangat tulah yang kita sayang'.

betol kan? hehehehe. point dia, benda tu dah jadi dekat aku. setempek kena dekat batang hidong aku yang mancung macam hindustan bak kata SOM. eh? hahaha. 

masa part 1, biasalah junior kan. ada induksi fakulti dengan senior. masa ni divide la by group. campor laki perempuan lain lain kelas. yelahh, kelas aku semua perempuan. masa ni tiba tiba kena campor laki perempuan pulak.

satu group 7 ke 8 orang macamtulah. nak jadi cerita, yang sorang nih asal ipoh. dia tegur aku. tanya asal mana. aku pon bagi la tahu asal manjung. biasalah bila tahu sama sama orang dekat. rancak la sembang itu ini. padahal dekat depan orang sebok main game pembaca berita berkepala tiga la, apa laa. haha

mula mula okay jelah. lagipon umur bawah setahun. aku usha macam adik jelah. kered je ayat. hahaha. tapi lama lama dan kebetulan induksi malam tu macam slow siket tak rancak. pehhh keluar belang dia nihh. mulut dia langsi habes. dan yang jadi punca aku tak sukaaaaaaaaa meluat habes dekat dia sebab mulut dia la punca kenapa kakak senior tu frust dengan kiteorang. 

ada ke patot dia cakap kuat kuat induksi tak best la bosan la semua. siap update dekat fb bagai. yang paling bengang dan bengkak, dia group aku. dah sah sah semua mark group kiteorang. erghhhhhh geram gilaaa. semua bengkak je perati dia. dia biasalah, toya jelah.

serious start pada harituu, aku set teros aku tak suka dia aku meluat dengan dia. jahat kan aku. hahahaha. sebab geram. dia bagi first impression yang annoying gila. haiyee. lepastuu kehidupan kami berjalan seperti biasalah. takda connection apa apa.

nak dijadikan cerita. tiba tiba entah macam mana. aku boleh baik dan berkawan dengan dia. dari meluat dari menyampah boleh jadi kawan bergurau bergelak kongsi cerita semua. gila tak masok akal. ehh tapi takde heart feeling la kay. itu yang paling penting. so, aku rasa aku masih tak kalah dengan cakap orang tua tua tu. bukan bertukar jadi sayang, tapi jadi berbaik. haha !

so sekarang kami berkawan. takda dah meluat menyampah segala. hati aku dah suci. haha. okayyyy, itu je nak cerita. moral of the story, kalau boleh elak la rasa meluat menyampah dekat orang. sebab kita taktahu masa akan datang nanti macam mana pulak. tengok tengok itu jadi buah hati korang. wuwuwu. 

sama jugak la dalam friendship, jangan ada rasa macamtu. tak suka pon paksa jugak bagi sampai suka. kurang baik pon kawan kita. *pesan untuk diri sendiri jugak ;)

Lots Love ;3

Friday, 19 April 2013

di luar kotak hati

makin hari makin aku tak faham

makin hari makin aku bebal

makin hari makin aku jelik

aku jadi tak faham kenapa kau tak fikir perasaan orang lain

aku jadi bebal bila semua benda nak kena terang nak kena turut

aku jadi jelik dengan alasan yang tak masok akal tak lambangkan yang kau tu berotak berakal

kau buat semua macam game PES, boleh play boleh pause suka hati

kau buat semua macam seluar dekat bundle, longgok longgok tak ekot saiz tak ekot harga

rupa tak seberapa tapi lagak gaya kalah artis semasa

tinggi tak segalah tapi langkah kau taknak kalah

sebelom nih bolehlah kau jalan mendabik dada

Allah Maha Adil.

baru tadi kau dah terkehel sebab kebodohan sendiri

maaf emosi mainkan peranan.

anggap coretan hidup luahan kata insan lemah tak terdaya

belajar meniti erti pengajaran dari sebuah jalan cerita :')

Lots Love :3

boleh saya bantu?