dah lama tak sentuh dah lama tak mengarang dah lama tak meluah. semuanya lama. lama lama semuanya jadi lapok. lapok sebab semuanya simpan dalam hati sebab semuanya simpan dalam minda.
kita manusia biasa. kita ada naluri mahu cara lain mahu cara berbeza nak meluah. aku pilih cara ini. luah dengan tekan butang butang ada tertera abjad. abjad yang aku susun jadi perkataan. perkataan yang aku susun jadi ayat.
ayat apa? ayat jadi kata. kata jadi luahan.
luahan apa? luahan hati sendiri. keluh kesah jiwa sendiri. jerih perit dugaan sendiri.
aduhh, macam terlalu menghukum hidup jadi negatif. bukan begitu, khabar gembira, lain cara. khabar sedih, lain cara. aku masih punya bahagia. cuma sekarang, aku mahu lepaskan. lepaskan duka lepaskan lara.
aku, kau dan kita. punya hati. tambah pula kita remaja yang mahu menjadi wanita. mesti mahu jadi yang matang, bukan? kita punya dilema, kita punya rencana. kita ada pilihan, kita ada kemahuan.
ini yang sedih. bila apa kita mahu tak jadi milik kita. terus terang, aku mahu hujah soal hati. aku keliru. kenapa masa sekarang, perasaan mahu berkasih sayang datang terlalu awal? sedangkan kita masih belom layak. tapi apa daya, kita sama hebat dengan kemahuan sendiri.
bila berkasih, cuma ada dua perkataan. sekejap aku susun. B A H A G I A & K E C E W A. hairan kenapa aku pisahkan ia jauh. sebab tak layak pon dirapatkan. tahu kenapa? sebab tak ada istilah PASTI antara duanya.
LEESAROSLEE
mangaiiii. bapak ahhh.
ReplyDeletefuhhhh. tabik tabik.
bahasa kau buat aku pening.
hahaha. cayalah budak OM! weee~
kau tabik ikhlas ke tabik sinis haa? hahaha.
Deletebila jiwa meronta mintak dilayan, itulah hasilnya. wiwiwi :p