pembuka kata cuba dihulur. marilah

pembuka kata cuba dihulur. marilah
sunyi sepi. mari, aku cuba riuhkan. sedikit. ya?

Sunday, 19 January 2014

boleh cakap
hati aku tengah belah bagi
boleh cakap
hati aku tengah berbalah sepi
boleh cakap
hati aku sedang gelora hampa
boleh cakap 
jiwa aku semacam meniti bahagia

hahahaha ! 

bosan lah asyik puitis je. tapiiii, itu cara aku. aku tak pandai luah dengan ayat terussss. aku suka begini. guna ayat aku. biar aku je faham. heh.

alahh, kau suka orang sibuk hal kau? tentu tidak kan. kau suka orang judge kau itu ini? for sure lah tidak. tapii, dalam tak sedar. kau pun buat benda ituu. dekat orang lain. sama jugak macam aku. haha ! well, manusia biasa kan.

cuma aku cuba. nakal mulut aku nakal kata aku nakal ayat aku, aku tak suka sentuh aib orang. nahhh, diri sendiri pun banyak celanya. kannn?

orang tak biasa dengan aku. akan kata aku sombong. airmuka aku. aaaaa, aku idamkan airmuka tak sombong. nak buat macam mana. ini aku. kalau lah aku boleh ubah. kann? 

haa, cakap pasal kalau. kalau lah aku boleh bukak hati aku. terima orang yang sedia ada mahu teroka hati aku. aiceh! hahahaha perasan! kenapa yaaa. susah benar mahu ketemu lelaki yang tepat kena dengan gelodak hati wanita aku nih. hehh.

tiba tiba teringat iklan fair n lovely. laki tuu, lamar girl tuu. auchh, doploh kali tengok, doploh kali lah blushing. haha.  well, i'm a dreamer. marilah, dreaming bersama sama. heh !

moga ketemu jejaka macho, leesa. muehee

LeesaRoslee

jadi, mari jadi gelojoh. kah!

Tuesday, 29 October 2013

puisi setengah jalan.

dah lama tak sentuh dah lama tak mengarang dah lama tak meluah. semuanya lama. lama lama semuanya jadi lapok. lapok sebab semuanya simpan dalam hati sebab semuanya simpan dalam minda.

kita manusia biasa. kita ada naluri mahu cara lain mahu cara berbeza nak meluah. aku pilih cara ini. luah dengan tekan butang butang ada tertera abjad. abjad yang aku susun jadi perkataan. perkataan yang aku susun jadi ayat.

ayat apa? ayat jadi kata. kata jadi luahan.

luahan apa? luahan hati sendiri. keluh kesah jiwa sendiri. jerih perit dugaan sendiri.

aduhh, macam terlalu menghukum hidup jadi negatif. bukan begitu, khabar gembira, lain cara. khabar sedih, lain cara. aku masih punya bahagia. cuma sekarang, aku mahu lepaskan. lepaskan duka lepaskan lara.

aku, kau dan kita. punya hati. tambah pula kita remaja yang mahu menjadi wanita. mesti mahu jadi yang matang, bukan? kita punya dilema, kita punya rencana. kita ada pilihan, kita ada kemahuan.

ini yang sedih. bila apa kita mahu tak jadi milik kita. terus terang, aku mahu hujah soal hati. aku keliru. kenapa masa sekarang, perasaan mahu berkasih sayang datang terlalu awal? sedangkan kita masih belom layak. tapi apa daya, kita sama hebat dengan kemahuan sendiri.

bila berkasih, cuma ada dua perkataan. sekejap aku susun. B A H A G I A & K E C E W A. hairan kenapa aku pisahkan ia jauh. sebab tak layak pon dirapatkan. tahu kenapa? sebab tak ada istilah PASTI antara duanya.


LEESAROSLEE


Saturday, 6 July 2013

untitled


gambar itu, senyuman itu. 
pandangan biasa untuk orang yang dah terbiasa.
tapi punya rasa yang aku saja tahu.
segala kesedihan, segala keseronokan, segala perit bahagia.
aku simpulkan jadi satu.
sebuah senyuman yang hanya orang yang rapat dan dekat dengan aku.
bulat mata yakin tahu apa aku rasa.

aku dah malas nak berbahasa.
nak bermadah terangkan masalah.
kau tahu kenapa?
sebab itu kepuasan sementara. 
sapa kisah dengan luahan kau.

pergi angkat muka tadah tangan.
tuuu, yang dekat atas sana jugak yang kuasa.
Dia tahu Dia percaya Dia sayang kita.

aku tak alim tapi aku tak jahil.
aku lemah tapi aku tak menyerah.
aku nampak tak kesah tapi aku berkerah.

kau tak suka tak apa.
kau rimas pon tak apa.
aku hidup bukan untuk kau.
kau pon tak hidup untuk 'suka' aku.

pada yang sudi.
aku silap kau tegurlah.
aku jatuh, kau papahlah.
aku terkehel, kau urutlah.
aku tersasar, kau ajarlah.

aku sayang apa aku ada.
aku jaga apa aku ada.
aku taknak hilang kasih sayang kita.

untuk sahabat empat serangkai.
kita lebih tahu kita lebih faham.
kau jaga aku, aku jaga kau.
kita kejar pelangi atas sana sama sama. 
kita pijak tanah kotor sama sama.

Lots Love <3

boleh saya bantu?