pembuka kata cuba dihulur. marilah

pembuka kata cuba dihulur. marilah
sunyi sepi. mari, aku cuba riuhkan. sedikit. ya?

Thursday, 11 April 2013

hidup kalau tak sedih , tak sah.

hidup kalau tak sunyi, tak sah.

hidup kalau tak sayu, tak sah.

itu cakap cakap orang kita.

orang sana?

hidup untuk apa kalau asyik nak bersedih.

hidup untuk apa kalau hari hari nak rasa sunyi.

hidup untuk apa kalau tiap masa nak rasa sayu.

fikir renung fahamkan.

tolong fahamkan makna untung dan makna rugi.

dan alangkah baiknya kalau dua perkataan ini bergabung menjadi satu. 

Lots Love ;)

Sunday, 7 April 2013

berpaksikan hati

Bila kita bergaduh, kita marah.

Bila kita terasa hati, kita sedih.

Bila kita sunyi, kita rasa sayu.

Bila kita seronok, kita bahagia.

Bila kita bahagia, kita tersenyum.

Bila kita dapat apa kita nak, kita rasa itu sempurna.

Apa yang kita rasa, semua apa yang kita duga.

Apa yang kita tak boleh nak duga, ialah perkara yang kita rasa.

Rasa gembira itu rezeki. Rasa sedih itu dugaan Allah beri.

Jangan jatuh sampai minta orang bangunkan.

Rasa jatuh itu emosi, bangun dari jatuh itu hati.

Hati apa? Hati yang kuat, yang tabah, yang percaya dengan setiap takdir setiap perancangan, setiap pengajaran Allah dah tetapkan.

Jadi manusia yang tak lemah ditelan emosi. Emosi kita rasa, otak kita tetapkan, hati kita utuhkan.

Muram kamu hanya melepaskannya pergi. Bukan memberi ruang terus kekal dihati.

Gembira kamu patut syukuri supaya ianya kekal abadi.

Lots Love ;)

Tuesday, 2 April 2013

Terusan Harus Percaya :')

Aku percaya dengan sabar itu berbaloi.

Aku percaya kalau nak bahagia, kita kena ambil masa yang lama.

Aku percaya mana ada bahagia itu kita nak esok, esok jugak kita dapat.

Aku percaya jugak jalan cerita kita semua tak sama.

Aku percaya walaupon kisah kita pelik tapi kita sebenarnya unik.

Aku percaya pengecut pengecut kau, kau akan tetap ada bila aku perlukan.

Aku percaya kau tak seperti kisah lama aku.

Aku percaya semua tu.

Walaupon, mungkin ada perkara yang bakal mengubah cerita asal kita.

Aku percaya kau tak sama macam yang lain. 

Sebab kau pelik, kau selenga, kau penakot. 

Kau manja dan aku rindu kau.

Kau bising bila tidur tapi aku tak kesah.

Perot kau suka bunyi kuat kuat tapi aku cool buat tak dengar.

Kau perkara semasa, kau boleh jadi kenangan dan kau boleh jadi sejarah.

Aku terusan harus percaya dan akan terus percaya.

Lots Love :3

boleh saya bantu?